Kelas Asas ICT bersama KEMAS

4 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT bersama KEMAS telah diadakan pada 03 Julai 2019 bersamaan hari Rabu di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya. Program tersebut merupakan kerjasama diantara Pusat Internet Taman Sepakat Jaya dan KEMAS untuk memcorak kanak-kanak celik IT di kalangan komuniti Taman Sepakat Jaya. Setiap peserta diberikan peluang untuk menggunakan komputer dengan tujuan menaip dan mencari maklumat di Internet. Selain daripada pendedaham kepada pengetahuan berkaitan komputer dan internet, mereka juga didedahkan dengan Klik dengan Bijak. Tujuannya agar mereka tahu tentang keselamatan menggunakan komputer dan internet. Pendedahan ilmu sebegitu adalah penting bagi peringkat awal umur kanak-kanak.

Kelas Asas ICT bersama KEMAS ini telah disertai oleh 30 0rang murid-murid dari Tabika KEMAS Taman Sepakat Jaya dan 3 orang guru pengiring. Kelas bermula pada pukul 1400 dan habis tepat pada pukul 1530 di bilik latihan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali